Monday 21 May 2012
Text size

Manual & Tutorial

Anda ingin sebuah laman web. Kini anda boleh membangunkan laman web tanpa perlu mempelajari pengaturcaraan aplikasi dan bahasa programming web. Yang perlu anda pelajari dan ketahui hanya kaedah dan konsep pengisian isi kandungan ke sistem web CMS. Melalui Tutorial2Go anda akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar secara formal bagaimana melaksanakan pengisian maklumat ke sistem web CMS anda. Manual dan tutorial dalam CD ini akan membantu anda membina laman web menggunakan sistem CMS Joomla!.

Fahami Sistem Web CMS

Ramai orang menggunakan dan membangunkan laman web menggunakan sistem CMS. Tetapi besar kemungkinan mereka tidak mengikuti dengan tepat dan sepenuhnya konsep yang dibawakan oleh sistem CMS yang digunakannya. Jika anda menggunakan sistem CMS Joomla!, anda boleh juga menghasilkan laman web sekali pun tanpa mengikuti konsep CMSnya, tetapi laman yang anda bangunkan jauh dari kapasiti dan potensi sebenar sistem CMS tersebut.

Maka pelajari secara format konsep CMS Joomla! menerusi Tutorial2Go bersama bimbingan tutor anda 'Sifu Azmi Sulaiman'.

Content is King

Maknanya isi kandungan adalah raja dalam sebuah laman web. Bagaimana membangun dan membina maklumat di dalam CMS Joomla!. Mengapa perlu ada Section, Category dan Article. dalam versi 1.0 article adalah item, iaitu unit data terkecil dalam CMS Joomla!. Seterusnya dalam versi 1.6 Section tidak lagi wujud, tetapi Category mengambil alih fungsi Section melalui penciptaan pelbagai peringkat (level) category.

Read more...

Modifikasi & Hak Cipta

Sebagai pengguna kita harus mengetahui tentang kekangan dan halangan sesuatu lisen penggunaan aplikasi. Joomla! adalah sejenis aplikasi Open Source atau sumber terbuka tertakluk di bawah lisen GPL/GNU yang membenarkan pengguna membuat salinan, edaran dan pengubahsuaian secara terbuka/bebas.

Read more...